Monday, February 24, 2014
Cemburukah Allah?
Assalamualaikum sahabat! :)
Post kali ini bertajuk ........... seperti yang termaktub di atas. Hehe :)
cemburukah Allah ?
Bila sebut soal cinta , kasih , pengorbanan, automatik kita akan focus on makhluq kan? Payah kalau sebut 'cinta' we all focus terus pada Allah. Betul tak? Padahal yang pertama tama sekali ntuk kita beri dan serah cinta kita adalah pada Allah SWT yang menciptakan kita dengan sekeping hati yang boleh merasa cinta dan berkongsi cinta. Betapa hebatnya Allah. Allah menciptakan kita bukan hanya sekadar dengan sebatang tubuh. Tapi juga menciptakan sekeping hati untuk kita merasa dan berkongsi pelbagai rasa. Itu juga adalah salah satu tanda bahawa Allah mencintai kita, makhluqnya. Tetapi kita, jarang sekali memberi cinta pada Allah, Sang Pencipta yang mencipta segala yang ada dibumi dan segala apa yang ada dalam diri kita.
Ketahuilah sahabat. Bila kita terlalu mencintai makhluq melebihi dari cintanya kita pada Allah, then bila sampai one time Allah ambil orang yang kita sayang, tak kisah lah dengan cara apa pun. Baik kematian, atau ditinggalkan, ataupun disisihkan dan sebagainya, mengertilah pada waktu itu bahawa Allah ingin kita kembali mesra dan suburkan kembali cinta padaNya yang telah layu dek kerana manusia sesama kita. Ketahuilah, yang pertama harus diletakkan cinta itu adalah pada Allah. Allah adalah cinta pertama kita. Bukan cinta terakhir kita.
Jika selama ini kita terlalu pemurah dalam memberi cinta pada manusia, pemurahkanlah juga cinta itu untuk diberikan pada Allah ar-Rahim al Khaleeq. Dialah yang menciptakan sekeping hati itu untuk kita merasa cinta dan berkongsi cinta. Tanpa Dia , tidak mungkin kita boleh berkongsi satu rasa yang sama. Cinta. Lalu layakkah Allah itu dijadikan cinta terakhir setelah tiada siapa lagi yang boleh kita cintai? Sesekali tidak. Allah itu yang pertama dan utama.
Maaf andai ada salah silap.
Sekian. Salam ukhuwwah fillah.
Love, Bintu Johari. ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment