Sunday, March 23, 2014

Aku anak pejuang. - Sharing from sahabiyyah -


"Ayah, jadualnya sesak dengan tugas sebagai seorang ayah, suami, ketua keluarga dan seorang da'ie. Aku tahu itu tersangatlah sulit bagi ayah. Tapi wajahnya mengorak tenang. Bibirnya menguntum senyum.

Keluar seawal 5:30pagi dan pulang pada lewat malam. Tidurnya hanya 3-4jam sahaja. Mungkin. Dari kaca mataku, itu adalah pengorbanan. Selesai tugas sebagai seornag pekerja, ayah menjalankan tugas sebagai seorang da'ie. Kerja-kerja dakwah tidak pernah ayah tinggalkan.

"Ya, itulah pengorbanan." Desis hatiku. Itulah pengorbanan ayah yang bagiku terlalu besar dan baginya terlalu kecil. Dari apa yang selalu ayah tuturkan, aku tahu ayah juga punya impian bertemu dan mendapat syafaat Nabi.

Selama hayatku, tak pernah sekali aku melihat ayah solat ketika sakit melainkan dengan solat berdiri. Ayah tidak pernah solat duduk, baring, dan sebagainya walaupun aku tahu ayah termasuk didalam golongan orang yang mendapat rukhsah pada waktu itu untuk solat sesuai kemampuannya.

Masihku ingat, ayah gout. Kakinya bengkak. Terpaksa dibawa ke klinik untuk suntikan dan terpaksa mengambil emergency leave kerana tak boleh berjalan. Tapi hari itu, aku dengar ayah mengangkat takbir, ku selak jendela. Terlihat sosok tubuh ayahku yang sedang khusyuk bersolat. Ayah solat berdiri. Itu yang kulihat. Dan meski ayah sakit, kerja2 dakwah tidak pernah ayah abaikan. Usrah itu, usrah ini. Majlis itu, ceramah ini, forum itu. Tak pernah ditinggalkan. Aku kagum dengan ayah.

Di waktu sihat, kadang-kadang ayah balik pada waktu yang sangat lewat. Adakala aku dan adik-adik bising pada ayah kerana tidak sempat bertemu ayah . Mana nya tidak, pulang sewaktu anak-anak sudah tidur, pergi kerja sewaktu anak-anak belum bangun tidur. Tapi ayah dengan sabarnya menasihati dan menerangkan apa kewajipan yang perlu ayah tunaikan sebagai seorang dai'e dan khalifah dimuka bumi ini. Lama kelamaan adik-adik mulai faham dengan 'kerja' ayah.

Ayah korbankan masa dengan keluarganya semata-mata kerana 'kerja'nya pada Allah dan Nabi. Aku tahu, kesibukan ayah sekarang adalah untuk membina istana buat kami sekeluarga kelak.

Aku berdoa,
Berkat pengorbanan dan keikhlasan ayah,
Tercurahlah rahmat dan kasihsayang Allah pada ayah,
Terkenal lah ayah dimata Nabi.

Terlihatlah Nabi di mata ayah kelak.

Moga ayah mendapat syafaat Nabi. Moga syurga milik ayah. Moga wajah dan sosok tubuh ayah yang hidupnya sentiasa didalam perjuangan itu diharamkan dari api neraka.

~ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku diwaktu kecil. ~ "



Sharing is caring.

Love, Bintu Johari.


No comments:

Post a Comment