Tiada wanita yang tidak menginginkan atau mengidamkan kecantikan. Kecantikan itu dari Allah Yang Maha Besar lagi Maha Mencipta. Bukan ciptaan manusia.
Antara mahluk-makhluk yang diciptakan Allah, manusia lah yang diciptakan dengan sebaik-baik rupa seperti dalam firmanNya didalam surah at-Tin, ayat 4.
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik rupa dan ciptaan."
Itu sudah menjadi bukti bahawa setiap insan itu cantik dan mengagumkan. Meski ada di mata-mata manusia lain, melihat dan menilai seseorang itu tidak cantik, hodoh. Tidak cantik dan hodoh itu adalah dari penilaian manusia yang sudah lupa akan siapa yang mencipta.
Buat wanita-wanita, jangan merasa rendah diri jika kamu terlihat tidak cantik dimata manusia. Peganglah firman Allah itu bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Meskipun ada lidah yang mengatakan kita tidak cantik, namun insyaAllah, jangan khuatir , kita cantik di mata Tuhan, Di mata Allah. InsyaAllah.
Segala yang didunia ini perhiasan. Dan sebaik-baik dan seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH.
Jadilah kita wanita solehah. Anak yang taat, isteri yang taat, ibu yang solehah. Hamba Allah yang taat dan tunduk pada perintahNya. InsyaAllah, kita akan menjadi yang tercantik antara yang tercantik dengan memakai pakaian dari sutera yang berwarna hijau di Jannah nanti.
Sekali lagi, jangan merasa anda tidak cantik kerana Allah telah mengatakan bahawa kita adalah sebaik-baik dan secantik cantik ciptaan.

No comments:
Post a Comment